Friday, April 28, 2017

Kem Smart Solat SRAI Sungai Cincin

Assalamualaikum w.b.t!

Apa khabar semua? Harapnya anda semua sihat2 belaka ye..Kali ni, kami akan berkongsi kisah berkenaan dengan program sekolah pula.

Seperti yang kita sedia maklum, STUFF merupakan sebuah kelab yang mendidik para ahlinya untuk menjadi seorang fasilitator. Selain daripada FAMSTRAP dan latihan mingguan (baca= weekly training), kami juga turut berkolaborasi dengan sekolah-sekolah untuk mengadakan program bersama pelajar di sekolah.

Target pelajar tidak terhad untuk sesetengah peringkat umur. Bukan sahaja dengan sekolah rendah, kita pun turut mengadakan program bersama pelajar2 sekolah menengah. Untuk entry kali ini, kami akan kongsikan bersama anda kisah dua hari satu malam bersama pelajar-pelajar tahun 5 di SRAI Sg Cincin (SRAISC) dalam Kem Smart Solat yang kami adakan di sekolah tersebut.

Kem ini berlangsung selama 2 hari. Bermula pada jam 3 petang, ahli2 STUFF tiba di sekolah SRAISC. Perjalanan cuma mengambil masa 10-15 min sahaja. Kem ini diadakan bertujuan untuk memperbaiki bacaan2 dalam solat serta rukun2 solat pelajar.

Slot pada malam pertama dimulakan dengan sesi penerangan berkaitan tayamum oleh fasi. Kemudian, pelajar ditunjukkan cara-cara yang betul untuk melaksanakan rukun tayamum.

Slot penerangan berkenaan tayamum 


khusyuk pelajar mendengar tentang cara2 bertayamum

Selepas slot tayamum, merupakan slot praktikal solat. Bermula daripada rukun solat yang awal seperti berdiri tegak, mengangkat takbir dan



                                      
Praktikal solat

Hari kedua dimulakan dengan aktiviti explorace. Pelajar perlu melalui beberapa checkpoint dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. Dalam masa yang diberikan, mereka perlu menamatkan bermain permainan yang ada di setiap checkpoint. 

Di samping itu, sebelum berpindah ke check point seterusnya, mereka perlu selesaikan tugasan berkaitan dengan rukun2 solat seperti bacaan2 dalam solat, tasmi' surah al-Fatihah bersama dengan makhraj dan tajwid yang betul dan  membuat praktikal tayamum.

fasi sedang mentasmi' bacaan dalam solat

                                      
permainan jambatan ukhuwah

dengan tepung di muka, masih gigih melastik bola ping pong

sesi penggambaran selepas majlis penutup
(Pelajar tahun 5 SRAISC bersama para fasilitator, Guru2 SRAISC dan Tuan YDP PIBG)

Barisan fassilitator bersama Muallim 

Abang dan Kakak Fasilitator..


Harapan kami, semoga adik2 di SRAI Sungai Chincin dapat memanfaatkan segala ilmu tentang solat yang telah dipelajari dan dapat dipraktikan dalam ibadah solat kita. Moga terus berjaya dan cemerlang, anak-anak syurga sekalian!




-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...